Friday, June 14, 2013

Dua Sudut Berbeza

   Tiada yang dapat hilangkan kegelisahan ini di dalam hati...ya..fikir kehadapan dengan positif..tapi perlu difikir dari setiap sudut segala aspek. bukan hanya dari satu sudut yang hanya mampu menggembirakan hati kita semata. Itu baru berfikiran terbuka.

   Sekiranya kita memikirkan sesuatu dari segala aspek...kita akan nampak implikasi dari dua sudut yang berlainan. dengan berfikiran postif apa yang kita dapat liha, berfikiran negatif apa yang dapat dilihat. bukan pabila fikiran itu di campur dengan fikiran negatif, orang itu di label berfikiran sempit. Tapi sebenarnya dia memikirkan segala itu dengan begitu mendalam.

   ya..sememangnya fikiran seorang wanita dan lelaki itu amat berlainan. dan setiap seorang itu perlu untuk menerangkan. terpulang kepada satu pihak untuk menerima atau tidak. tetapi pabila jadi perkara yang tidak diingini, sedarlah ketika itu tiada lagi istilah jatuh ditimpa tangga, nasi menjadi bubur. terima sahaja dengan redho. 

   berlainan dengan yang berfikiran dari dua sudut yang berbeza, mungkin dia akan lebih dapat menerima kenyataan kerana dia sudah pun memikirkan langkah untuk menghadapi perkara itu kerana dari awal sudah memikirkan dari sudut negatif. mungkin akan kurangnya melenting dalam diri.

   memang...hidup ini tidak semudah yang kita bayangkan. hanya sebilangan sahaja yang yang sering beranggapan sebegitu. seperti lagu 'permata untuk isteri'..

"ku ingin kau mengerti, bahwa hidup ini, tak semudah yang kita janjikan"

  ya..lirik itu ada benarnya..banyak ranjaunya, walaupun kita seringkali memikirkan semuanya hanya indah belaka. dan ya, kerana itu kita perlu berfikiran didalam dua sudut yang berasingan supaya kita dapat lihat hidup ini bukan seindah yang kita cakap-cakap kan.

   mungkin ya, benda yang difikirkan itu ada baiknya, tapi berpada-pada. fikirkan 360 darjah. jangan melampaui batas. kita masih lagi seorang pelajar, ada lagi ibu bapa yang perlu berbakti, jangan habiskan masa tanpa melawat ataupun berbakti kepada mereka walaupun itu waktu yang sepatutnya kita berbuat demikian. sampai bila?persoalan bagi diri kita juga.

   ini sahaja yang dapat dinukilkan, fikirlah dari dua sudut..hidup ini tidak semudah yang kita janjikan. ya,tidak pernah mudah.