Salam and Greetings To All Citizen
Untuk kesekian kalinya...aku kembali menulis diatas sebuah muka yang diberi nama baru...diberi nafas baru...diberi sentuhan baru (tak lama lagi) dan segalanya yang berunsur baru. .. dan tolong...blog ini tiada kaitan dengan kisah peribadi selaku penulis,pengarang dan juga pe'tinta' blog 01 ini..
Sebelum aku memulakan cerita yang aku rasa perlu lagi patut aku bercerita.... aku ingin masing-masing kosongkan fikiran..dan juga tetapkan satu matlamat fikiran yg jitu..untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan... kisahnya bermula begini (tidak ada kena mengena antara yang mati dan mungkin ada sedikit dengan yang hidup)....
Bermulanya cerita seorang jejaka yang tampan tak tampan, kacak tak kacak,sedang-sedang saja yang bernama Amir. Hujung minggu yang lepas, beliau telah melancong ke sebuah negeri hanya dengan sebatang kara (forever alone membe sume jenis tak maw teman). Tapi tu semua gi lantak la ye tak? baiklah..kembali serius ke cerita utama..ya..serius...
Pabila sampai saja ke negeri itu, beliau sempat memaki driver bas ekspress yang dinaikinya di dalam hati dengan berkata " Binawe punye driver, yang hang dok lepak lama sgt tadi pasaipa?kan ceq da lewat gila nokhorom nih.."..hanya sekadar di dalam hati..masih belum punya keberanian yg jitu untuk meluahkannya di alam zahir..hebat anak muda ini..
Tetapi bagi nya yg lepas biarlah lepas...beliau tetap meneruskan langkah tanpa menghiraukan sekeliling, memikirkan nasibnya yg keseorangan.."Apakah teruk sgt diri ku ini hingga diperlakukan sebegini?"..berjalan dan terus berjalan..beliau melihatkan sesutu program sedang berlangsung di hadapannya....pabila semakin mampir..barulah beliau menyedari yg ianya adalah sebuah program yg so-called creepy by most of girls and sissy of cos...demmm pe tibe-tibe aku taip n teringat sissy pagi-pagi buta nih...program tu hnyalah sebuah program menderma darah..baikkan nama program tu??
Ketika itu, difikiran beliau yang kusut sekusut cakaran ayam di atas tanah, beliau terus memalingkan muka berserta badan dari menghadap program itu kerana bagi beliau...ianya buang masa...ya..inilah rakyat yang mementingkan diri sendiri..sama macam tahi hidung..hanya tahu membesar sengsorang dia je..
Dalam melangkah pergi, beliau terfikir "ada baiknya juga aku pergi menderma darah aku yg x seberapa nie..."..Amir pun berpatah kembali dan meneruskan proses pendaftaran untuk menderma...ketika pendaftaran, boleh lak pegawai tu tanya macam2 soklan.."adik taw kan syarat-syarat menderma?adik ada ambil pape ubat- ubatan x?adik ada buat sex?"..soklan sebelum2 tu Amir jawab cool lagi..masuk soklan last...Amir rasa mcam nak sepak pegawai tu.."what the hell man tanya soklan macam muka suci aku ni x de teruna je lagi?"..seperti biasa...masih bermonolog dalam hati sahaja. Itulah Amir.
Yang membuatkan Amir tertarik, semasa mengambil alat-alat untuk menderma, dia terperasan satu tag yg tertulis perkataan "important"..ya..tag yang tertulis perkataan "penting". terharu sungguh beliau rasa kerana sumbangan beliau dianggap bermakna...dan ya..beliau berdarah O dimana darah itu seperti hot seller dadah di pasaran gelap...darah O amat penting dan amat lah diperlukan..
Seusai Amir menderma darah, ada pegawai yg meminta supaya beliau tunggu sebentar.. Amir mula nak memaki lagi.."Pe jadah nak kena tunggu lagi..da sedut darah aku da la...aku bagi darah aku pn da cukup baik da.."..dan ya..tepat tekaan anda, beliau masih juga bermonolg di dalam hati. Rupa- rupanya...pegawai itu meminta beliau untuk mengambil sijil beserta hamper dan plak penghargaan kerana beliau merupakan penderma terakhir...dan ya..Amir lagi sekali berasa begitu gembira dan mula terbit rona-rona hikmah atas setiap perkara yang terjadi kepada dirinya..end of story..
So..u guys nampak tak pe yang cuba aku sampiakn melalui cerita pendek tadi tu? dari mula lambatnya driver bas tu menghantar si Amir uh, dari Si Amir tu travel sorang-sorang dan so on? ok..aku terangkan sikit and the rest, korang pike sendiri..ok?
First...yang aku cuba sampaikan, setiap perkara yang berlaku, baik yang buruk ataupun baik, ada hikmah yg tersimpan di sebaliknya. kita tengok cite si Amir uh, bayangkan kalo driver tu hntar dye awal, on time, rasa-rasa, dia dapat ke jadi penderma terakhir? sama gak dengan hal nya kalau ada kawan yg temankan dia travel, mungkin dia x kan dapat penghargaan sebegitu rupa kerana mungkin kawan yang ikut dia tu penderma terakhir kan??
Second, setiap perkara yang kita buat,yang kita jalankan dimana memerlukan orang lain untuk memberi, cuba tunjukkan sedikit penghargaan, contoh, tag "important" kat beg darah tu, membuatkan Amir rasa darah dia berharga dan mana tahu, lepas ni Amir akan jadi rakyat yang ketagih menderma darah semata-mata untuk selamatkan mereka yang memerlukan..sapa tahu kan??
Cukup lah pe yang aku bagi tu..yang lain, korang pikir sendiri pe yang aku cuba sampaikan. Kosongkan fikiran..dan juga tetapkan satu matlamat fikiran yg jitu ..Adiossss...
No comments:
Post a Comment